baiTi... JannaTi...

Tuesday, October 26, 2010

Permata Hatiku, Doakan Buat Mereka....

Rase malam ni nak kongsi ngan korang seme pasal anak-anak buah ite yang sekarang da masuk 11 orang.... hah, ramai x? setakat ni la... xtau lagi bila akan bertambah.... yela, anak-anak arwah abang long baru 4 orang, dan x mungkin lagi akan bertambah.... (Arina, Ahmad, Aqilah & Aiman...) semoga Allah sentiasa merahmati mereka.... amin...


Anak-anak abang ngah plak da masuk 3 orang.... (Alia, Adam & Aqeef).



Entry kali ni khas untuk sambut kelahiran Aqeef baru-baru ni... tp dugaan Allah tu sentiasa ada... mungkin ada hikmah untuk kedua ibubapa dia... baru usia 2 minggu lebih, Aqeef terpaksa masuk ICU coz de masalah dalaman.... so sampai sekarang, dia lom kuar agi dari hospital... 







Doakanla dia boleh jalani hidup seperti kanak-kanak yang lain... sedihla tengok kecik-kecik da kena masuk ICU, wayar sana, wayar sini.... mak tih sentiasa doakan Aqeef cepat sembuh yer sayang...


Kak ngah plak bahagia dengan 4 orang buah hati dia (Nurin, Amsyar, Ammar & Amzar...)  comel-comel lak tu... x sangka kakak aku ni da ade 4 orang anak. kalau diingatkan kembali zaman aku kecik-kecik, dia ni bukan suka sangat ngan budak-budak... ngan aku pon habis keliling umah dia kejar ngan batang penyapu coz dengki ngan aku x tolong dia wat kije... baru sek darjah 3 ye pon, time main masak-masak, doktor2 agi tuh.... mane ley kaco, otak ngah berkembang.... dia riso anak dia baru aje sorang pompuan.... ape susah... tambah ar lg kan.. mane tau rezki kali ni pompuan lak.... huhuhuhu...


Sampai sini ajela dulu entry kali ni.... "semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak ini di dalam lingkaran rahmat-Nya sepanjang masa...."



MenGhitung HaRi....

Salam semua, entry kali ni xtau knp rase cam nak share ngan korang seme pasal...
WEDDING....mesti korang suke kan??? walaupon tarikh tu lambat agi, tp parenz kat kampung da mule bising2 coz satu mende pon x prepare agi katenyer... Hmmm... cian plak kat diorang, x pasal2 pening utk ite...  ite plak kdg2 rase semangat, tp ble pk lambat lagi rase MALAS yg membuak2 plak... Tp kate orang tua2... "mase leni berjalan singkat sangat, jgn duk pk mase tu jauh lagi... tut..tut.. tggl sebulan jek lagi.. kan haru satu bende pon lom siap..." tul gak kan... so, entry kali ni, ite just nak listkan pe brg yg perlu ite ambil tau:
  1. Tema
  2. Butik Pengantin
  3. Kanopi
  4. Barang Hantaran
  5. Door Gift
  6. Photographer
  7. Kad Kawen
  8. Borang Nikah
First, ite kenala pilih tema dulu kan... lau x, camne nak pk utk benda lain. Yela kan, hantaran.. baju.. langsir.. cadar.. pelamin.. mesti arr kene dgn tema, xkan nak campur2 lak... nanti x pasal2 jadi aiskrim pelangi plak x ke haru tu.. ish..ish..ish.. x patot..... tp ssh gak sbnrnye nak pilih kaler ni, byk sgt kaler yg pilihan ati... xkan nak combine kot... setakat ni yang disuggest:
  1. Violet vs Pink
  2. Purple vs Putih/Silver
  3. Hijau 
  4. Pink Belacan
  5. Grey
Ntahla yang mane pilihan hati, tp pepehal cuti ni kena tgok baju dulu kat butik. Lau baju n warne tu sesuai ngan ite n dia, scr x langsung warna tu terpilih untuk ke peringkat akhir.... senang kan.. xyah nak serabut kepala, tp yang mslh skrg ni, ma kat kampung lau kol asyik tye kaler tema aje... katenye nak cari langsir... aduh! semangat tul mak ite nak sambut menantu baru kesayangan dia tuh.... ite suh pakai langsir yg sedia ada aje katenye da 2 tahun x tukar... itu bermakna langsir yang lepas dijahit mase ite tunang... pe la orang kate nantikan.. xpela asal ma bahagia, lgpon dia jahit sendiri, kepuasan dia sendiri... ape orang laen nak susah kan.... cayang Ma sgt2 ^_^

Bab butik utk (pelamin, baju nikah, make-up,aksesori...) sebenarnya ite ngan ma da survey n da jumpa da pon, Butik tu namenyer ape ek? lupe la plak... tp owner nyer ok la.. kak mala namenyer... balik cuti ni baru nak jumpa dia... yang jadi nak masuk kedai ni bukan ape, sbb suke tgk baju-baju yang dia tayang up-to-date la jgak... x cam kebanyakkan kedai, seme design same, plak tu seme yang jarang n cam kebaya jer... x kena ngan taste ite.. tp mintak2la baju yang kak mala suggest tuk ite tu siap n ok la kan.. lau x kena tkar tema lagi la...

ite stop cni dl yer.. nnt sambung lagi.. ade kerja yang perlu dibereskan... !!! be continue....


Sunday, October 24, 2010

"Be proud of your Muslim identity"


Nape kite mesti bangga dengan identiti yg yahudi perkenalkan... skrg kita da ade identiti Islam itu sendiri untuk email... mungkin email kita yang .yahoo.com @ .yahoo.uk telah banyak digunakan dalam dunia siber ni, tapi tak salahkan kalau kita mula beralih kpd yang baru... semua untuk kebangkitan Islam... so, ENTRY kali ni ana nak ajak antum semua register mail anda di bismillah.com: http://bismillah.com/

Dan sedarkah kita yahoo itu asalnye drpd perkataan "YAHUDI".... same2la kita beralih ke email yg diciptakan untuk org Islam... segalanye dihujung jari anda...

selamat mendaftar...!!!

Hanya Kepada-MU ya ALLAH...


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT
DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN
PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI
DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


Wednesday, March 17, 2010

KAU Pergi....


Dah lame aku menyepi… aku terasa jiwa kosong … mungkin aku belum bersedia atau masih terkejut dengan khabar perginya kekanda sulong yang paling kami sayangi… tapi ape nak dikata, takdir ALLAH.. perlu ku terima dengan penuh redha.. jika aku sebagai adik, sukar utk melenyapkan semua kenangan dan segala pengorbanannya, apatah lagi ma dan bah… ibu yang mengandung, yang membesarkannya… ayah yang selalu mengajar nya erti hidup… didenda, dirotan.. semua arwah rasai… mungkin itu yang mengajar dia erti hidup… hingga dia berjaya dengan prinsip hidupnya… aku sedih tiapkali tengok wajah anak-anak dan isterinya… aku terkilan, dia x sempat bersama aku dihari bahagiaku… tapi memandangkan byk niat dan impian arwah utk kami belum tercapai… membuatkan aku BANGUN dari kesedihan2 yang menemani… beginikah org lain rasai tiapkali kehilangan orang tersayang?? Seorang abang.. bukan ibu.. bukan ayah… aku terasa semangatnya makin kuat menusuk dalam hatiku.. aku nekad teruskan usahanya utk ma & bah… aku akan pegang kate2 arwah… aku akan buktikan, segala pegorbanannya yang ditaburkan utk aku sedari kecil hingga ke UPSI x sia-sia… biar apa orang kata.. yang penting, aku tahu apa yang aku lakukan…

Wednesday, February 3, 2010

DuHAi HAti... tetaplaH dalam dien-NYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW katakan sebagai pembawa fitnah terbesar.

Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar.Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

"Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta'aruf dengan anti."

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang 'kesekian' itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladziim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. 'Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?

Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan zahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengembang risalah da'wah? Siapakah yang salah di antara kita?

####

"Adakah saya kurang menjaga hijab, ukhti?" tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

"Atau baju saya? Sikap saya?"

"Tidak, tidak," sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
"Memang ada perubahan sikap di kampus ini."

"Termasuk diri saya?"
"Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?"

Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.

"Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus." Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .

"Apa yang diungkapkan dalam surat itu?"

"Ia ingin berta'aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu."

"Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi."

"Ukhti…," sanggahku, "Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar'ie?"

"InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain."Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir
semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?

####


Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada
tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir putera impian yang hadir hanya dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah Ta'ala semata.

Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadis yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara:kecantikannya, hartanya, keturunannya,atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.Kalaulah ada yang mendapat keempat- empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita solehah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizikal belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?

Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta'ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya'. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Fahamkah akhi?

Akhifillah,
Anggota ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai.

Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da'wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat solatnya. Ia begitu khusyu'. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata.

Dibaca Qur'an dengan terisak. Ia begitu tawadhu' dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)

####

Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping

kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.Aida sedang diam dalam kekhusyu'kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.

"Ukhti, tidak solat malam? " tanyanya lembut seusai melirik mata.

"Ya, sekejap," kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. "Dzikrul maut lagi?"

"Husnudzan anti terlalu tinggi."

Aku tersenyum. Sikap tawadhu'mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan solat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.

"Saya malu kepada Allah," ujarnya lirih.

"Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?"

"Apa keinginan anti, Aida?" Aida menghela nafas panjang.

"Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi," lanjutnya seolah tidak menghiraukan. "Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?"Aku tertunduk dalam-dalam.

"Anti tahu," sambungnya lagi, "Saya ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…"

Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?

"Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?" desisku.

Aida menggenggam tanganku. "Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki yang buruk untuk yang buruk juga?"

"Anti tak tahu," air mata mengalir tiba-tiba. "Anti tak tahu apa-apa tentang mereka."

"Mereka?"

"Ya, mereka," ujarku dengan kemarahan terpendam. "Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta'aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita."

"Ukhti!"

"Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da'wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul Nya semata.

Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain."

"Ukhti, jangan su'udzan dulu. Setiap manusia punyai kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan solehah?"

"Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?"

"Ya, memang…"

"Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?"

"Anti berprasangka terlalu jauh."

"Tidak," aku menggelengkan kepala. "Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizikal belaka.."

"Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan."

"Ia orang yang aktif berda'wah di kampus ini, ukhti."

Aida memejamkan mata. Dapat kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap..

"Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya.
Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan kanak-kanak Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah- pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?"

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian
yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.

####

Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya', ada su'udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? – 'Afwan.

Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu,silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana.Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah,
'Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa
masih banyak amalan saya yang riya' maupun tidak ikhlas. Wallahua'lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin
generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.



IDEALNYA SEORANG PEMUDA

Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu


Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati


Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari
Ia juga penumbang segala belantara


Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gelita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan penghormatan
Ia menuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindakan kuffar
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi


Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?






Wednesday, November 4, 2009

Tragedi 4 NOV 2009...



Semuanya secara pantas berlaku.. sekelip mata.. niat nak g tgk movie d umah ecah... tp menjadi tregedi... aku PASRAH.... huhuhu.. da la nk exam lagi 3 paper.. semenye esei lak tu... kat sebelah
tu gmba pintu yg terlibat dlm Xcident yg x dsangka2 tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...